2.1 Internet of Thing (IoT)
Internet of Thing (IoT) merupakan rangkaian diantara
objek fizikal seperti kenderaan, mesin, peralatan elektronik yang menggunakan
sensor dan antaramuka pengaturcaraan aplikasi (API) untuk menyambung dan
menukar data melalui talian internet. Keupayaan ini mengoptimumkan pergerakkan
manusia apabila objek fizikal itu telah di automasikan melalui aplikasi untuk
melaksanakan arahan atau tugasan yang telah ditetapkan.
Rajah 3: Internet of Thing (IoT)
2.2 Cybersecurity
Cybersecurity adalah pertahanan kepada kecanggihan sistem
yang dibina ini. Ia bagi melindungi sistem dan aplikasi yang direka bertujuan
untuk menyimpan data dan maklumat sulit samada bagi organisasi atau
persendirian, lokaliti tempat sensitif bagi pertahanan negara dan lain-lain.
Sistem keselamatan yang cekap dan boleh dipercayai akan membantu melindungi
sistem-sistem yang dibina ini daripada digodam oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
Rajah 4: Tugas-tugas Cybersecurity
2.3 simulation
Simulasi adalah aplikasi yang digunakan sebagai pengujian
atau persediaan taktikal awal sebelum dibuat operasi yang sebenar. Simulasi
kebiasaanya digunakan apabila melibatkan perkara-perkara yang berbahaya dan
juga melibatkan kerugian kos yang tinggi apabila berlaku kegagalan semasa ujian
sebenar di lakukan. Ia sebenarnya menjimatkan masa dan kos tersembunyi seperti Flight Simulator dan Fire Performance Base Approach Simulation.
Rajah 5: Fire Performance Base Approach Simulation
No comments:
Post a Comment