Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah
kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi
perindustrian pertama yang bermula pada tahun 1760 sehingga 1840 di Great
Britain. Sebelum industri pembuatan pertama, perindustrian hanya menggunakan
tenaga manusia sahaja iaitu hanya dengan menggunakan tangan. Revolusi pembuatan
industri pertama berlaku apabila manusia mula menggunakan mesin yang dibekalkan
kuasa oleh wap dan air.
Revolusi kedua pula bermula apabila diperkenalkan
penggunaan kuasa elektrik pada penghujung abab ke-19 iaitu antara tahun (1870
hingga 1914). Revolusi perindustrian kedua ini benar-benar menaikkan sector perindustrian
apabila banyak kilang-kilang pembuatan dibangunkan.
Revolusi perindustrian ketiga yang bermula pada
pertengahan abab ke-20 (1950 hingga 1970) telah dikenali sebagai Revolusi
Digital. Semasa revolusi ini banyak dicipta peralatan elektronik yang
menggunakan transistor dan microprocessor. Pada era ini kerja manusia mulai
ringan dan banyak dibantu oleh mesin-mesin elektronik terutamanya di
kilang-kilang pembuatan yang dikawal oleh komputer atau mesin. Semasa revolusi
Digital, penggunaan internet mulai meluas untuk pengeluaran automatik dan
tempoh ini juga dikenali dengan panggilan Era Informasi (Informasi Age)
Revolusi perindustrian keempat adalah revolusi pada
masa kini, revolusi ini dikenali sebagai “industrie 4.0” atau IR4.0. ia
diperkenalkan pada tahun 2011.Revolusi industri Keempat atau IR4.0 adalah
merujuk kepada proses pembangunan yang terdapat di dalam pengurusan pembuatan
dan pengeluaran rantaian (chain production). Revolusi ini sebenarnya adalah
sambungan revolusi ketiga yang mana ditambah baik dengan penciptaan
inovasi-inovasi baru dan kebolehupayaan teknologi bagi membantu mengoptimumkan
tenaga manusia. Revolusi ini menyaksikan penciptaan satu sistem baru yang serba
canggih iaitu Cyber Physical Systems (CPS) yang mengandungi mesin pintar,
sistem penyimpanan dan fasiliti pengeluaran yang mampu bertukar-tukar maklumat
secara autonomous melalui Industrial Internet of Things.
Cyber Physical System (CPS) merupakan gabungan antara
dunia fizikal sebenar dan dunia digital. Ia digunakan untuk membuat penyimpanan
data, menganalisis dan kebenaran di dalam semua aspek operasi pembuatan, dimana
komputer dan rangkaian akan membantu proses pembuatan fizikal dalam proses
tertentu.
Rajah 1: Revolusi Industri
1.1
Teknologi
baharu dalam IR 4.0
Industri
4.0 dilengkapi dengan sembilan (9) tonggak utama iaitu:-
i.
Internet
of Thing,
ii.
Big
Data & Analytics
iii.
Augmented
Reality
iv.
Horizontal
& Vertical Integration
v.
Simulation
vi.
Pengkomputeran
Awan
vii.
Additive
Manufacturing
viii.
Cybersecurity
ix.
Autonomous
Robots
Rajah 2: Revolusi Industri 4.0