Home

PROFIL

PAUTAN

WEB TOOL

VIDEO IR

Friday, April 15, 2022

contoh negara yang melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0

 

Malaysia antara negara yang melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0 pada sistem Pendidikan di negara ini. Teknologi Augmented Reality (AR) yang mengalamai pertubuhan selari dengan jenis perkakasan dengan pengembangan jenis alatan serta aplikasi peranti pintar. Teknologi AR ini dapat mencipta ruang ilusi di dalam dunia nyata melalui lapisan digital maya dengan menggunakan ruang kemahiran virsualisasi. Teknologi ini telah dimanfaatkan oleh bidang Pendidikan sebagai medium pembelajaran yang mampu memberikan gambarkan virsualisasi yang jelas dan hampir sama dengan dunia sebenar walaupun tidak berada di sana. Beberapa kajian telah dibuat dan mendapat dengan penggunaan teknologi AR ini telah dapat meningkatkan tahap motivasi, keyakinan dan kepuasan yang tinggi dalam sesi pembelajaran yang dijalani mereka.

   Teknik pembelajaran yang menggunakan teknologi AR ini dibahagikan kepada 4 kaedah pembelajaran iaitu, pembelajaran interaktif, pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran kalaboratif dan pembelajaran berdasarkan pengalaman. Diantara syarikat yang mencipta aplikasi menggunakan teknologi AR ini adalah DAQRI dan ARLOON yang mana mengaplikasikan 4D dan anatomi 4D untuk topik dalam kimia dana anatomi.

Negara China juga antara negara yang mengaplikasikan IR 4.0 ke dalam sistem kesihatan dan pemantau bagi rakyatnya, rentitan dari kes penyakit berjangkit iaitu Covid-19, negara China telah menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) dimana ia dapat mengenal pasti risiko jangkitan virus corona terhadap individu berdasarkan maklumat perjalanan dan tempoh masa berada di sesuatu tempat wabak.

Teknologi ini juga digunakan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai simpton demam menerusi topi kaledar pintar untuk tindakan pengasingan dan juga rawatan.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi perindustrian pertama ...