Home

PROFIL

PAUTAN

WEB TOOL

VIDEO IR

Friday, April 15, 2022

cabaran revolusi industri 4.0 yang dihadapi oleh sector swasta (pembuatan/pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia

 

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Accenture, dalam masa kurang 5 tahun ini boleh dikatakan semua jenis perniagaan yang melibatkan sektor pembuatan dan digital harus mempunyai strategi pemasaran digital yang matang untuk beroperasi dengan baik. Bermula tahun 202, kebanyakkan perniagaan akan beroperasi dalam ekosistem digital pintar yang ditadbir urus tanpa kawalan manusia. Dalam hal ini syarikat akan menghadapi kesukaran penyelarasan dalam organisasi kerana syarikat terpaksa memiliki teknologi canggih ini dalam kuantiti yang banyak dan harga yang tinggi. Di samping harga perkakasan teknologi yang mahal, syarikat juga harus memiliki talian internet yang pantas dan stabil. Harga bagi menjamin talian internet yang pantas dan stabil juga lebih mahal berbanding harga talian internet yang lain. Modal yang besar adalah cabaran utama yang harus dihadapi oleh syarikat atau kilang pengeluar. Perihal pengeluaran modal yang besar demi memenuhi kemajuan teknologi amat memberi kesan kepada modal syarikat, dengan ini akan memberi kesan yang besar pada pekerja bawahan yang sentiasa berasa bimbang jika tidak mampu kuasai asas teknologi mesin yang telah dibeli oleh syarikat dengan harga yang mahal akan dibuang kerja disamping kekurangan campur tangan manusia semasa proses pembuatan dijalankan.

Usaha bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dalm bidang teknologi dan digital adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi. Untuk melahirkan seorang tenaga kerja yang pakar memerlukan perkhususan latihan dan pengalaman kerja yang lama. Jika peralatan mesin yang ditempah oleh kilang itu dari luar negara, syarikat harus menghantar pekerjanya ke sana untuk menjalani latihan khusus sebelum dapat mesin yang dibeli itu sampai dan digunakan. Itu baru seorang tenaga kerja yang ingin mengoperasi mesin, bagaimana pula jika mesin itu rosak, susah tentu memerlukan kos pembaikan dan servis yang mahal. Hal ini sama juga dengan dialami oleh sektor kerajaan dalam menghadapi kecanggihan teknologi yang pesat membangun.

Seterusnya keselamatan cyber menjadi cabaran utama dalam melaksanakan revolusi indutri 4.0. Saban hari keselamatan cyber akan diuji oleh sikap penggodam yang tidak bertanggungjawab. Menerusi berita terkini Kosmo pada 26 Januari 2021, Sekumpulan aktivitis penggodam laman sesawang (Anonymous Malaysia) telah memberi amaran dan berjanji akan mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset atas talian. Justeru itu kerajaan sentiasa memperkukuhkan benteng siber demi menjaga maklumat dan kerahsiaan rakyat dan negara.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi perindustrian pertama ...