Home

PROFIL

PAUTAN

WEB TOOL

VIDEO IR

Friday, April 15, 2022

kebaikan dan keburukan setiap teknologi baharu dalam IR 4.0

 

IR 4.0 mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan yang harus dikaji dan diperbaiki demi kesempurnaan dan kesenangan Bersama. Diantara kebaikan IR 4.0 adalah membantu meningkatkan pengeluaran produktiviti. Dengan teknologi industry 4.0 akan membolehkan pengeluar mencipta dan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berinovasi dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu masa. Ia juga akan meningkatkan margin keuntungan yang lebih tinggi serta mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran.

Seterusnya, kelebihan industri IR 4.0 juga adalah pengoptimunan (optimization). Ini dimana setiap rantaian kerja mesin atau manusia akan dapat dioptimumkan. Contohnya pengeluaran produk akan dioptimumkan dengan penggunaan peranti yang jelas mampu mengurangkan keperluan tenaga kasar manusia. Pengoptimunan produk akan membuka lebih pasaran perdagangan bagi menampung keperluan penduduk.

Keburukan atau kelemahan yang harus dikaji bagi IR 4.0 adalah dari segi keselamatan, kewujudan revolusi ini membuka lebih ruang kepada keselamatan cyber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Penggunaan internet yang dihubungan diantara mesin dan peranti akan memberi ruang kepada pengodam untuk mengambil alih mesin atau sistem yang sedia ada. Kelemahan atau ketidakstabilan sambungan internet juga akan memjadikan hilang kawalan pada mesin seterusnya boleh menjadikan situasi yang berbahaya kepada orang berhampiran.

   Kekurangan tenaga mahir juga menjadi cabaran utama dalam proses merealisasikan kepenggunaan penuh IR 4.0. Tranformasi revolusi industri adalah tidak seiring dengan pertambahan golongan tenaga mahir dalam industry kerana untuk melahirkan tenaga mahir adalah memerlukan masa yang panjang dan juga melibatkan kos yang tinggi. Satu tinjauan yang telah dibuat oleh Economic Forum, didapati sebanyak 37% daripada kalangan pekerja di Eropah adalah tidak memilikir asas kemahiran digital dan ini akan memberikan kesan yang teruk kepada organisasi yang menggunakan teknologi canggih.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi perindustrian pertama ...