Home

PROFIL

PAUTAN

WEB TOOL

VIDEO IR

Friday, April 15, 2022

PENGENALAN

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi perindustrian pertama yang bermula pada tahun 1760 sehingga 1840 di Great Britain. Sebelum industri pembuatan pertama, perindustrian hanya menggunakan tenaga manusia sahaja iaitu hanya dengan menggunakan tangan. Revolusi pembuatan industri pertama berlaku apabila manusia mula menggunakan mesin yang dibekalkan kuasa oleh wap dan air.

Revolusi kedua pula bermula apabila diperkenalkan penggunaan kuasa elektrik pada penghujung abab ke-19 iaitu antara tahun (1870 hingga 1914). Revolusi perindustrian kedua ini benar-benar menaikkan sector perindustrian apabila banyak kilang-kilang pembuatan dibangunkan.

Revolusi perindustrian ketiga yang bermula pada pertengahan abab ke-20 (1950 hingga 1970) telah dikenali sebagai Revolusi Digital. Semasa revolusi ini banyak dicipta peralatan elektronik yang menggunakan transistor dan microprocessor. Pada era ini kerja manusia mulai ringan dan banyak dibantu oleh mesin-mesin elektronik terutamanya di kilang-kilang pembuatan yang dikawal oleh komputer atau mesin. Semasa revolusi Digital, penggunaan internet mulai meluas untuk pengeluaran automatik dan tempoh ini juga dikenali dengan panggilan Era Informasi (Informasi Age)

Revolusi perindustrian keempat adalah revolusi pada masa kini, revolusi ini dikenali sebagai “industrie 4.0” atau IR4.0. ia diperkenalkan pada tahun 2011.Revolusi industri Keempat atau IR4.0 adalah merujuk kepada proses pembangunan yang terdapat di dalam pengurusan pembuatan dan pengeluaran rantaian (chain production). Revolusi ini sebenarnya adalah sambungan revolusi ketiga yang mana ditambah baik dengan penciptaan inovasi-inovasi baru dan kebolehupayaan teknologi bagi membantu mengoptimumkan tenaga manusia. Revolusi ini menyaksikan penciptaan satu sistem baru yang serba canggih iaitu Cyber Physical Systems (CPS) yang mengandungi mesin pintar, sistem penyimpanan dan fasiliti pengeluaran yang mampu bertukar-tukar maklumat secara autonomous melalui Industrial Internet of Things.

Cyber Physical System (CPS) merupakan gabungan antara dunia fizikal sebenar dan dunia digital. Ia digunakan untuk membuat penyimpanan data, menganalisis dan kebenaran di dalam semua aspek operasi pembuatan, dimana komputer dan rangkaian akan membantu proses pembuatan fizikal dalam proses tertentu.

Rajah 1: Revolusi Industri

1.1                 Teknologi baharu dalam IR 4.0

Industri 4.0 dilengkapi dengan sembilan (9) tonggak utama iaitu:-

                      i.        Internet of Thing,

                    ii.        Big Data & Analytics

                   iii.        Augmented Reality

                   iv.        Horizontal & Vertical Integration

                    v.        Simulation

                   vi.        Pengkomputeran Awan

                  vii.        Additive Manufacturing

                 viii.        Cybersecurity

                   ix.        Autonomous Robots


Rajah 2: Revolusi Industri 4.0

PENGENALAN

Revolusi perindustrian keempat (IR 4.0) adalah kesimbangan dari revolusi industri pertama, kedua dan ketiga. Revolusi perindustrian pertama ...